Isu PPIK


Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)
Siti Hajar binti Salikan
ISMP Matematik
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENDAHULUAN

Seorang guru yang menjalankan tugas sebagai pendidik perlu mengetahui cara untuk mendidik muridnya. Guru bukan sahaja mempamerkan dalam menyampaikan pengajaran, namun dititik beratkan dalam mengambil tahu peribadi seseorang pelajar dan nurani pelajar tersebut. Penguasaan pedagodi dalam kalangan pendidik dan bakal pendidik adalah satu yang tidak boelh dipandang rendah . Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbangkan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Robert E. Salvin (1997), pedagogi adalah sebagai penghubung di antara apa yang guru mahukan daripada pelajarnya belajar dengan pembelajaran yang sebenar supaya pelajarnya memperolehi apa yang dipelajari. Dalam konteks ini, pendidik harus peka dan kreatif dalam mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar bersesuaian dengan kaedah pembelajaran pelajar dan akhirnya mencapai objektif pengajaran.              

Pedagogi adalah satu kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi juga merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar  di sekolah. Secara umumnya, pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai suatu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi antara guru dan pelajar.

            Perkataan Pedagogi datangya daripada bahasa Yunani iaitu ‘paidagogos’ yang bermaksud hamba yang menghantar dan mengambil kanak-kanak dengan menghantar dan mengambil dari sekolah. Perkataan ‘paida’ merujuk kepada kanak-kanak yang menjadikan sebab mengapa sebahagian orang cenderung mrmbezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi  (mengajar orang dewasa). Terdapat banyak perkataan Yunani yang didapati dalam aspek pendidikan digunakan dengan lebih meluas dan sentiasa ditukar guna. Manakala ‘pedagogue’ menyatakan seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dengan berkesan, khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikomotor, dan afektif.

KONSEP PPIK

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) atau Pedagogical Content Knowledge (PCK) adalah satu pengetahuan yang unik kepada seseorang pendidik dan merujuk kepada cara penyampaian guru terhadap isi kandungan agar mudah difahami dan dapat mengelakkan kefahaman konsepsi pelajar. PPIK melibatkan penerangan analogi, contoh, penerangan, dan demonstrasi yang efektif, di samping diambil kira latar belakang pelajar (Tengku Zawawi, 2009).

PPIK ialah suatu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan hal ini berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan ( Shulman, 1987). Hal ini merupakan cara menggambarkan sesuatu konsep yang menjadikan kefahaman yang mudah terhadap orang lain melalui perkara yang ingin disampaikan. Seorang guru bukan setakat hanya mempunyai pengetahuan pedagogi umum sahaja atau hanya bercakap mengenai isi kandungan mata pelajaran sahaja adalah tidak mencukupi bagi menghasilkan suatu pengajaran yang berkesan. Guru seharusnya perlu mempunyai pengetahuan tentang pedagogi yang pelbagai seperti strategi penilaian, perancangan pengajaran dan pengetahuan konsep yang diajar. Menurut Salehudin & Mahadi (2005), cara penyampaian isi kandungan yang disampaikan merupakan dua elemen yang penting dalam menghasilkan suatu pengajaran yang baik.

Shulman dan Grossman (1987) dalam model domain pengetahuan asas guru telah mengenal pasti bahawa pengetahuan guru diperolehi daripada tujuh domain pengetahuan asas guru iaitu;

a)      Pengetahuan isi kandungan
b)      Pengetahuan pedagogi am
c)      Pengetahuan kurikulum
d)     Pengetahuan kandungan pedagogi
e)      Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar
f)       Pengetahuan tentang konteks pendidikan
g)      Pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan

Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) adalah konstruk yang digunakan untuk menjelaskan bidang pengetahuan guru mengenai isi kandungan (mata pelajaran) dan pedagogi (strategi pengajaran). PPIK adalah pemahaman guru untuk membantu pelajar dalam mengukuhkan pemahaman dalam sesuatu mata pelajaran khusus. Hal ini termasuk pengetahuan tentang bagaimana tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran perlu diajar dengan teknik-teknik tertentu berlainan dengan tajuk yang lain. Isi kandungan mengenai tajuk yang perlu disusun, dipersembah dan disesuaikan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami tajuk yang dipelajari.
Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) akan membantu guru-guru dalam membuat analogi, metafora, member contoh, mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan tunjuk cara untuk member kefahaman kepada pelajar (Shulman, 1986). Manakala Grossman (1990) pula menjelaskan salah satu domain pengetahuan guru ialah pengetahuan pedagodi isi kandungan yang mengandungi empat komponen, iaitu:
a)      Pengetahuan tentang konsepsi dan tujuan mengajar sesuatu mata pelajaran.
b)      Pengetahuan tentang kefahaman pelajar
c)      Pengetahuan kurikulum
d)     Pengetahuan strategi pengajaran

Pengetahuan pedagogi isi kandungan menurut Carter (1990) adalah mengenai pengetahuan guru-guru mengenai mata pelajaran yang diajar dan bagaimana guru mengaplikasikannya ketika mengajar di dalam bilik darjah berdasarkan kurikulum. Menurutnya lagi, belajar adalah persoalan dalam mengubah penetahuan dari suatu bentuk kepada bentuk yang lain seperti dari cadangan yang lain kepada bentuk aplikasi yang bermakna kepada pelbagia pengalaman.

KEPENTINGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) DALAM PROFESIONAL GURU

Dewasa ini, guru perlu memahami subjek yang dipelajari secara mendalam dan fleksibel supaya mereka boleh membantu pelajar membuat peta kognitif yang berguna serta mengaitkan idea yang berbeza dan menyatakan miskonsepi pelajar. Dengan cara ini, guru dan pelajar dapat melihat bagaiamana idea berkait antara topik yang dipelajari  dengan kehidupan seharian. Pemahaman seperti ini memberikan asas kepada pengetahuan kandungan dan pedagogi yang membolehkan guru mendapatakan pendapat dan idea dari sekeliling (Shulman, 1987).

Kepentingan PPIK turut disedari oleh beberapa negara antaranya Ethiopia. Kajian telah dilakukan oleh Bekalo dan Welford (1999) ke atas guru sains, pengelaman mereka menjadi guru yang baru mengajar dan factor mempengaruhi perkembangan profesionalisme dalam menjalani latihan praktikum. Kajian tersebut menyiasat struktur pendidikan guru, kandungan kurikulum guru pelatih dan dapatan kajian ini digunakan untuk mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan perubahana dalam latihan guru pelatih supaya objektif dalam pembahruan system pendidikan di Ethiopia. Hal ini kerana, sistem dalam pendidikan adalah bermasalah dari segi objektif. Pengajian mata pelajaran Sains didesak supaya sebahagian daripadanya diajar sebagai proses seterusnya. Walau bagaimanapun, mereka hanya menggunakana bahana yang sedia ada untuk tujuan mengajar tanpa memperkenalkan strategi mengajar yang lebih berkesan. Contohnya menggunakan strategi yang boleh meransangkan fikiran pelajar untuk menjana idea dalam pembentukan perkembangan pelajar. Oleh hal yang demeikian, PPIK penting dalam mencapai objektif dalam pembaharuan system pendidikan serta merancang strategi pengajaran untuk sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.

            Menurut Bucat (1996), pengajaran yang mempunyai kualiti yang tinggi memerlukan lebih daripada kedua-dua konten yang baik dan pedagogi yang baik. Melalui konten ini, kita boleh mengambil tahu tentang cirri konten yang diberikan boleh mempengaruhi sesuatu pedagogi dan bagaiamana pedagogi mempengaruhi penyampain konten. Istilah PPIK merujuk kepada pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi antara guru dan pelajar yang berlaku antara cara pengajaran dan cirri kandungan konten dalam menentukan bagaimana topik tersebut akan disampaikan untuk pembelajaran yang optimum.

            Kajian yang telah dilakukan oleh Smith (1999) menyatakan tentang bagaiman guru gred tiga berupaya menggunakan PPIK untuk membina strategi yang baru dalam mengajar topik cahaya dan baying. Guru tersebut dapat mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar berdasarkan topik yang akan dipelajari. Beliau percaya bahawa tidak semua pelajarnya mempunyai pengetahuan yang sama. Oleh itu, beliau telah menetapkan bahawa sesetengah pelajarnya mempunyai miskonsepsi dalam topik tersebut dan melalui pengetahuan beliau dalam PPIK iaitu menggunakan strategi pengajaran bagi mengenal pasti miskonsepsi pelajar. Akhirnya, beliau berjaya mengubah cara pengajarannta untuk mengenalpasti masalah yang timbul dengan menyediakan pelbagai contoh sebagai usaha untuk membolehkan pelajar menyelami pemikiran guru, perancangan dan aktiviti di dalam kelas serta keberkesanan pelajar dalam mempelajari matapelajaran tersebut.   

            Shulman ( 1986, 1987, 1992) telah membina Model of Pedagogical Reasoning yang terdiri daripada beberapa kitaran aktiviti-aktiviti yang guru perlu selesaikan bagi pengajaran yang baik iaitu melalui perubahan, instruksi, penilaian dan pemahaman baru.

            Melalui pemahaman dalam pembelajaran dan pengajaran, haruslah matlamat dalam kefahaman, struktur subjek dan idea-idea dalam dan luar disiplin adalah tujuan pertama. Sebagai guru, mereka perlu memahami perkara yang telah diajari dan memahami dalam beberapa cara pengajaran. Hal ini untuk mencapai matlamat pendidikan iaitu membantu pelajar untuk mendapatkan literasi, memberikan keseronokan pelajar dalam pembelajaran, menambahkan nilai-nilai murni dalam setiap individu, menjana idea pelajar dalam menemui informasi yang baru, membantu pelajar dengan pemahaman yang lebih luas melalui maklumat yang dicari, dan membatu dalam membina skil pelajar dan nilai yang perlu mereka perlu bercampur dalam masyarakat yang bebas dan adil (Shulman, 1992).

            Dari segi perubahan, mengenal pasti asas pengetahuan pengajaran berada pada antara kandungan dan pedagogi dalam mengubah pengetahuan kandungan kepada bentuk yang kukuh secara pedagogi dan mudah diaplikasikan kepada pelajar-pelajar mengikut kebolehan dan latar belakang mereka. Perubahan memerlukan gabungan atau aturan proses-proses seperti persediaan dari segi material teks, pemyampaian semula kepada idea kepada bentuk analogi dan metaphor yang baharu, seleksi instruksional daripada pelbagai metod dan model pengajaran, adaptasi bahan dan aktiviti bagi pelajar yang reflek kepada perwatakan pelajar, dan pengubahsuaian adaptasi pelajar kepada lebih spesifik di dalam bilik darjah.

            Instruksi terdiri daripada pelbagai cara pengajaran dalam pelbagai aspek penting pedagogi iaitu pengurusan, penyampaian, interkasi, kerja kumpulan, disiplin, pertanyaan dan instruksi inkuiri. Dari sudut penilaian, guru perlu berfikir tentang pengujian dan penilaian instruksi dan bukan hanya terpisah daripada instruksional. Proses ini terlibat pada pemahaman salah semasa pengajaran interaktif dilakukan dan menguji kefahaman pelajar di akhir pembelajaran.

            Proses refleksi melibatkan menilai kembali, konstruk dan menganalisis kebolehan guru semasa pembelajaran dan pengajaran di lakukan serta mengumpulkan bahan direfleksi kepada bukti untuk melakukan perubahan yang perlu dibuat supaya menjadi guru yang lebih baik. Refleksi penting dalam pembangunan professional guru (Lucas,2000). Melalui refleksi, guru dapat mengesan kebolehan dan kekurangan semasa pembelajaran dan pengajaran dilakukan serta fokus kepada pemahaman pelajar dengan lebih baik. Latihan refleksi dalam kumpulan, guru mempelajari untuk mendengar antara pendapat pelajar yang pelbagai.

            Akhir sekali, pemahaman semula dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dapat memberikan pemahaman semula tentang objektif PdP, subjek yang diajar, pelajar dan proses pedagogi.

ISU PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) DALAM PROFESINAL GURU

Tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) berada di tahap yang lemah. Beberapa kajian terdahulu telah menemui bentuk kesilapan konsep yan dialami oleh pelajar dalam topik-topik penting Matematik seperti pecahan, perpuluhan, dan peratusan (Aida Suraya, Syarifah & Habsah, 1992; Asiah, 1994; Abd Aziz, 2002; Mohd Johan, 2002). Selain itu, pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan bagi peringkat sekolah rendah telah dilaksanakan. Melalui kajian ini mendapati PPIK dalam kalangan baharu dan guru berpengalaman berada aras bawah. Perbezaan antara guru baru adalah berkefahaman instrumental iaitu petua atau kaedah, dan guru berpengalaman berfahaman prarelasional (justifikasi). Oleh itu, perkembangan pengalaman guru tidak selari dalam perkembangan PPIK (Tengku Zawai Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib, 2009).

            Tambahan pula, kajian yang telah diajalankan oleh Norasliza Hassan dan Zaleha Ismail (2009) dalam pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Matematik sekolah menengah mendapati tahap penguasaan PPIK guru pelatih masih dalam tahap yang sederhana. Selain iru, para pengkaji mendapati, terdapat hubungan positif sederhana yang bererti antara tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dengan tahap pencapai pengetahuan fizik di mana nilai r ialah 0.536 pada p < 0.05 (Shaharom B Noordin & Faridah Bt Sapiee, 2010). Melalui kajian Nor Aisyah (2002), kesediaan guru tidak mencukupi terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawan dari aspek penguasaan pedagogi kandungan subjek pengajaran keusahawan dan sikap terhadap subjek tersebut. Hal ini didapati hasil dapatan kajian yang mengatakan amalan pengajaran masih berpusatkan guru dan terikat dengan kaedah tradisional. Dari sudut pedagodi pula, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, 1996).

            Isu guru luar bidang adalah isu yang paling popular dalam bidang professional perguruan. Masalah ini menular sehingga hari ini yang tidak dapat diselesaikan. Guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar dikehendaiki mengajar subjek bukan bidang setelah penempatan telah diagihkan mengikut kekosongan penempatan. Bekas Menter Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa reaksi kepada rungutan berlaku apabila masalah kekurangan guru di negara ini dan sebaliknya melaporkan terdapat lebihan 6000 guru. Beliau dilaporkan bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang di mana kawasan Bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk menunjukkan isu tersebut mempengaruhi profesion perguruan. Pendidikan di negara ini adalah salah satu usaha berterussan untuk melahirkan modal insane yang seimbang. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah merangka beberapa strategi termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Awam. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan guru yang berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum yang telah digubal. Terdapat juga masalah kekuranga guru sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta meminta pikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan memberi kesan kepada pemahaman pelajar kerana guru tidak dapat memberikan pengajaran yang sebaiknya dan berkesan dalam subjek yang telah diberikan. Guru-guru terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Kebiasaan apabila pelajar bertanya kepada guru mengenai topik yang tidak difahami, guru akan cuba mengelak untuk menjawab persoalan pelajar kerana masih tidak dapat menguasai sepenuhnya dalam subjek yang telah dipertanggunjawabkan. Keadaan ini secara tidak langsung menjatuhkan kredabiliti guru untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Sehingga hari ini guru-guru baru yang menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih diperlukan. Kajian Malaysia yang  menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengan yang diajar oleh guru pelbagai bidang ( Intensification of Research in Priority Areas, 2003-2005). Hal ini menunjukkan, guru bukan opsyen Matematik juga akan mengajar bidang Matematik yang bukan daripada bidang mereka.

KESIMPULAN

Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) merupakan kemahiran  yang harus untuk dikuasai oleh setiap guru dan bakal guru di Malaysia ini. Penguasaan PPIK dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Guru bukan setakat mengetahui kaedah dan strategi pengajaran yang baik, malah  interaksi antara pelajar amat penting untuk mencapai matlamat pendidikan.

Dewasa Ini, pelbagai kajian telah dilakukan yang menunjukkan bahawa tahap PPIK dalam kalangan guru masih di aras yang tidak dapat dibanggakan. Proses perkembangan PPIK seharusnya bermula daripada peringkat awal semasa program latihan perguruan untuk membantu proses PdP berkesan.  Kekurangan dan kelemahan dalam sistem pendidikan guru akan menyebabkan guru-guru baru tidak mempunyai persediaan yang sewajarnya untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik. Kelemahan dan  kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan dan tahap penguasaan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme, 1994; Howey, 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng, 1999).

Menurut Salehudin & Mahadi (2005), cara penyampaian isi kandungan yang disampaikan merupakan dua elemen yang penting dalam  menghasilkan suatu pengajaran yang baik.Oleh yang demikian, permasalahan yang timbul berkenaan dua eleman ini akan merencatkan pembentukan pengajaran yang berkesan. Driel, Verloop dan Vos (1998) mengutarakan bahawa pelajar pendidikan pada kebiasaannya kurang mempunyai pengetahuan pedagogi kandungan (PPK). Kekurangan dalam penguasaan PPK ini akan memberi kesan terhadap pembelajaran murid yang amat memerlukan seorang guru yang dapat menguasai ilmu isi kandungan dan penyampaian dengan baik.


Akhir sekali, untuk menjadi pendidik yang baik, pelbagai stratetgi untuk memenangi situasi di dalam kelas terutamanya pelajar. Guru yang baik member perhatian kepada sesuatu masalah dan akan melibatkan pelbagai contoh soalan dalam bercerita. Selain itu, guru sentiasa mendengar penerangan pelajar dengan teliti dan sentiasa menggalakan interaksir antara pelajar bagi menggalakan sesi PdP berkesan di dalam kelas. Melalui interaksi pelajar, guru akan menilai tindak balas lisan daripada kerja bertulis kerana pelajar boleh menipu daripada hasil kerja bertulis. Seorang guru akan berusaha melakukan penerangan yang ringkas dan padat dan sentiasa menyediakan bahan yang konkrit dalam membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah pada sesuatu topik supaya memperkembangkan idea pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Kebanyakan guru banyak menggunakan buku teks sebagai panduan utama tetapi guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada buku teks untuk mengajar dan berusaha untuk membuat nota yang ringkas dan padat kepada pelajar agar kefahaman pelajar meningkat. 
(Hajar_2014)

.......................................................................................................................................................

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)
Nurul Sakinah binti Ismail
ISMP Matematik
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.0  PENGENALAN

Matlamat pendidikan matematik adalah untu memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalan kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah perlu dipertingkatkan dalam usaha mencapai matlamat ini. Untuk mencapai matlamat itu, penguasaan pedagogi dalam kalangan guru dan juga bakal guru adalah satu perkara yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan kerana guru merupakan aset penting dalam pendidikan. Kemahiran pedagogi merupakan salah satu aset yang mesti dikuasai oleh semua guru di Malaysia. Penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan terancang dan teratur.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), pedagogi bermaksud kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Pedagogi juga dikatakan sebagai seni pengajaran yang melibatkan kepelbagaian penggunaan kaedah dan teknik dalam mengajar. Dalam bahasa Yunani, pedagogi dikenali sebagai pedagogue iaitu seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dengan berkesan, khasnya dalam perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Daripada definisi pedagogi yang telah dinyatakan, semua guru dan bakal guru perlu lebih kreatif untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka bagi memastikan pengajaran tersebut bersesuaian dengan pembelajaran pelajar dan sekaligus mencapai objektif pembelajaran.

Menurut N.S. Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana, bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan  guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta waktu mengajar. Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi pendidikan dalam kalangan guru dan bakal guru dapat membantu mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0  PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) atau Pedagogical Content Knowledge (PCK) adalah sejenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan PPIK merujuk kepada cara guru menyampaikan isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. PPIK melibatkan penggunaan analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, disamping mengambil kira latar belakang pelajar (Tengku Zawawi et.al 2009). Definisi dan takrifan di atas sebenarnya telah menjelas dan memperakukan apa yang dikatakan oleh Shulman (1987), iaitu PPIK sebagai pengetahuan khusus menggabungkan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi melalui kefahaman tentang cara mengajar tajuk-tajuk tertentu, masalah-maslah atau isi mengikut minat dan kebolehan pelajar.

Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) adalah konstruk yang digunakan untuk menjelaskan bidang pengetahuan guru mengenai isi kandungan (mata pelajaran) dan pedagogi (strategi pengajaran). PPIK adalah pemahaman guru mengenai cara membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran khusus. Ini termasuk pengetahuan tentang bagaimana tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran perlu diajar dengan teknik-teknik tertentu berlainan dengan tajuk yang lain. Isi kandungan tajuk berkenaan perlu disusun, dipersembah dan disesuaikan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk memahmi tajuk berkenaan. PPIK akan membantu guru-guru dalam membuat analogi, metafora, memberi contoh, mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan tunjuk cara untuk memberi kefahaman kepada pelajar (Shulman 1986). Grossman (1990) pula menjelaskan salah satu domain pengetahuan guru ialah pengetahuan pedagogi isi kandungan yang mengandungi empat komponen, iaitu;

a)      pengetahuan tentang konsepsi dan tujuan mengajar sesuatu mata pelajaran
b)      pengetahuan tentang kefahaman pelajar
c)      pengetahuan kurikulum
d)      pengetahuan tentang strategi pengajaran.

Shulman dan Grossman (1987) dalam model domain pengetahuan asas guru telah mengenal pasti bahawa pengetahuan guru diperolehi daripada tujuh domain pengetahuan asas guru, iaitu:

a)      Pengetahuan isi kandungan (content knowledge)
b)      Pengetahuan pedagogi am (general pedagogical knowledge)
c)      Pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge)
d)     Pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge)
e) Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar (knowledge of learners and their characteristics)
f)       Pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge of educational contexts)
g)      Pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (knowledge of educational ends)

Proses pembinaan PPIK adalah menurut langkah-langkah dalam Model Penalaran Pedagogi seperti berikut:

KEFAHAMAN
(COMPREHENSION)
Untuk mengajar, kita perlu memahami isi kandungan dan pelajar. Guru-guru dikehendaki memahami apa yang perlu diajar, jika boleh memahami isi kandungan dengan beberapa cara. Guru juga perlu memahami bagaimana aras perkembangan pelajar mempengaruhi kebolehannya untuk belajar.
TRANSFORMASI
(TRANSFORMATION)
Idea-idea yang telah difahami mesti ditukar dalam bebepa cara agar ia boleh diajar kepada pelajar. Penalaran melalui pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi pelajar. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.
INSTRUKSI
(INSTRUCTION)
Instruksi (pengajaran) merupakan aspek pedagagi yang terpenting: organisasi dan mengurusan bilik darjah, persembahan penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, proba, jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan.
PENILAIAN(EVALUATION)
Proses ini merangkumi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajarn yang telah ditetapkan.
REFLEKSI
(REFLECTION)
Proses ini dilakukan oleh guru apabila ia merenung kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu membina semula, melakonkan semula, dan/atau mengingatkan semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses ini menjadi landasan bagi seseorang profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha analitik dalam proses ini digunakan untuk memperbaiki pengetahuan kandungan pedagagi (PCK) seseorang.
KEFAHAMAN BARU
(NEW COMPREHENSIONS)
Ini berupakan satu permulaan baru. Melalui langkah-langkah KEFAHAMAN, TRANSFORMASI, INSTRUKSI, PENILAIAN, DAN REFLEKSI, guru mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar.

Justeru Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan boleh dirumuskan sebagai keupayaan guru untuk menterjemahkan isi kandungan subjek dengan mengubahsuaikannya berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar, minat dan kebolehan pelajar dengan isi kandungan itu dikuasai semua pelajar.

3.0  ISU PENGETETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) DALAM KALANGAN GURU

Setiap isu dan cabaran dalam dunia pendidikan di Malaysia perlu dilihat dari segi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana pendidikan di Malaysia adalah satu usaha untuk memperkembangkan potensi individu supaya melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan 3 kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggunggajawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (KPM, 2003). Selain itu, Wawasan 2020 (Mahathir Mohamed, 1991) juga merupakan garis panduan dalam melaksanakan perubahan dalam pendidikan di Malaysia selaras dengan hasrat negara sebagai sebuah perindustrian. Maka, pewaris negara perlu mempunyai pendidikan yang selari dengan keperluan negara.

3.1 TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN YANG RENDAH DALAM KALANGAN GURU

Antara isu yang dibincangkan ialah pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kandungan guru-guru di Malaysia. Kebanyakan pelajar menganggap matematik adalah suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Hal ini adalah disebabkan oleh tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan yang rendah dalam kalangan guru masa kini. Lubinski (1990) dalam kajiannya mendapati bahawa perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran yang dijalankan oleh guru, banyak dipengaruhi oleh kepercayaan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan yang dimiliki oleh guru tersebut.

            Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam matematik, tidak hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada murid semata-mata. Pelajar mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Nik Azis 1992). Kelemahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran berpunca daripada kepercayaan guru dalam memindahkan pengetahuan matematik dengan baik. Tambahan pula, kurangnya penguasaan isi kandungan serta pemilihan pendekatan dan kaedah menambahkan lagi permasalahan ini. Pengkonsepan pengetahuan matematik bagi seseorang pendidik adalah merupakan aspek penting dan kritikal sebelum mereka mampu membimbing murid menguasainya (Swafford, et al., 1997). Ini bermakna keberkesanan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran bergantung kepada kepercayaan dan pengetahuan pedagogi yang dimiliki oleh seorang guru.

            Faktor yang mempengaruhi isu ini terbahagi kepada dua golongan iaitu guru lama dan guru baru. Guru lama mempunyai lebih pengalaman dan pengetahuan dalam dunia pendidikan. Akan tetapi sebahagian daripada mereka masih mempunyai tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan yang sederhana. Dalam kajian Tengku Zawawi Tenku Zainal mengenai Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik Bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes Di Sekolah Rendah membuktikan bahawa perkembagan pengalaman sebahagian guru lama tidak selari dengan perkembangan PPIK. Pengetahuan isi kandungan boleh diperolehi dan dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti kursus dalaman dan kursus dalam perkhidmatan serta pembacaan yang luas. Pembelajaran tentang konsep dan teori baru serta penambahan pengetahuan matematik yang berterusan akan mempengaruhi kepercayaan seseorang guru khususnya terhadap amalan pengajaran di kelas.
Guru baru pula tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam dunia pendidikan. Kebanyakan guru baru masih tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran serta pengetahuan pedagogi isi kandungan baik. Kemungkinan mereka masih belum bersedia sepenuhnya dan menyebabkan keyakinan untuk mengajar adalah kurang. Mereka ini memerlukan lebih banyak masa untuk memperbaiki mutu pengajaran dari masa ke semasa dan menyesuaikan diri semasa mengajar di dalam kelas. Persediaan yang cukup terhadap mata pelajaran Matematik dari aspek penguasaan pengetahuan mata pelajaran dan pengetahuan pedagogi isi kandungan sangat dititikberatkan agar menghasilkan pengajaran yang berkesan kepada pelajar.

Oleh itu, untuk menjadi seorang guru perlu mempunyai 3 jenis pengetahuan utama. Pengetahuan yang pertama ialah pengetahuan mata pelajaran yang menekankan kefahaman yang mendalam terhadap isi kandungan yang akan diajar. Isi kandungan mata pelajaran yang dimaksudkan seperti konsep, teori dan sebagainya. Pengetahuan yang kedua ialah pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini lebih menekankan dari aspek bagaimana isi pelajaran boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Pengetahuan ini merangkumi strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan kefahaman yang semaksimum mungkin. Pengetahuna yang ketiga pula ialah pengetahuan psikologi yang menekankan pengetahuan terhadap gaya pembelajaran, minat dan berkebolehan, sikap dan kepercayaan serta masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

3.1.1 GURU LUAR BIDANG / GURU BUKAN OPSYEN

Isu guru luar bidang masih hangat diperkatakan dalam dunia pendidikan sehingga kini. Isu ini menjadi masalah yang tidak dapat diselesaikan dan semakin menular disetiap sekolah di seluruh negara. Guru luar bidang ialah guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa tidak berlaku kekurangan guru di negara ini sebaliknya terdapat lebihan kira-kira 6000 orang guru (penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau juga berkata lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru ke lokasi yang tidak seimbang serta pemilihan subjek pengajaran yang sama di kalangan guru. Penempatan yang tidak seimbang ini adalah merupakan salah satu punca yang menyebabkan guru terpaksa mengajar luar bidang mereka.

            Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar di sekolah. Setiap guru perlu mengajar mengikut bidang kepakaran masing-masing untuk menyampaikan pengetahuan sepenuhnya dalam bidang tersebut agar dapat mencapat matlamat pengajaran yang berkesan. Terdapat juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas, 2003-2005).

            Analisis data  di atas menunjukkan 41% (18) daripada 42 orang guru yang mengajar mata pelajaran ini berpengkhususan Matematik dan yang selebihnya, iaitu 59% (24), terdiri daripada guru-guru yang pengkhususan utamanya bukan Matematik. Mereka terdiri daripada guru yang berpengkhususan Kimia (8%, 4),Teknologi Maklumat (8%, 4), Perakaunan (5%, 2), Sains Komputer (5%, 2), Statistik (5%, 2), TESL (5%, 2), Ekonomi (5%, 2), manakala Fizik, Pengurusan dengan Pendidikan, Perdagangan, International Business, Kejuruteraan Gas, dan Kawalan masing-masing seorang (3%). Bagaimanapun, kebanyakan daripada pengkhususan ini ada kaitannya dengan matematik dan sains melainkan bagi guru yang membuat pengkhususan TESL dan Pengurusan dengan Pendidikan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan ketidaksepadanan latar belakang pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Ini membuktikan pengajaran di luar bidang pengkhususan berleluasa di sekolah terutamanya bagi guru yang mengajar mata pelajaran teras.

            Kadar yang tinggi ketidaksepadanan antara pengkhususan guru dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah dibimbangi akan memberi kesan yang mendalam secara terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof telah membuat kenyataan bahawa kekurangan guru di negeri Sarawak memang wujud sejak sekian lama namun semakin ketara apabila ada guru yang memohon untuk bertukar ke Semenanjung (Isu Guru, Pan Borneo diketengah, 2013). Beliau juga menyatakan bahawa kekurangan guru mengakibatkan pencapaian akademik para pelajar kurang memberangsangkan, lebih-lebih lagi ada guru yang ditugaskan mengajar subjek di luar bidang masing-masing. Hal ini kerana guru yang mengajar luar bidang tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta tidak dapat menyampaikan ilmu pengetahuan bidang yang diajar dengan sepenuhnya kerana mereka hanya pakar dalam bidang pengkhususan sahaja. Selain itu, guru yang mengajar luar bidang tidak menguasai dan memahami isi kandungan pelajaran sepenuhnya dan tiada pengetahuan pedagogi isi kandungan berkenaan mata pelajaan yang diajar.  

            Satu situasi yang pasti akan berlaku ialah ‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit. Situasi ini menggambarkan seorang guru yang mengajar luar bidang terpaksa mempelajari mata pelajaran yang diajar di sekolah. Lebih teruk lagi apabila murid bertanya soalan, guru tidak dapat menjawabnya lalu mematikan persoalan murid tersebut dengan menjawab “soalan ini bukan ditahap awak, jadi awak tidak perlu tahu” ataupun “awak semua berada pada tahap hanya menerima sahaja, jadi jangan persoalkan apa-apa”. Ini menyebabkan pemikiran murid tidak dapat berkembang dengan sepenuhnya semasa belajar dan mematahkan motivasi dalam diri mereka. Tambahan lagi, guru yang mengajar luar bidang tidak menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai untuk menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kesan kepada pelajar, pelajar mula berasa bosan dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran di dalam kelas. Prestasi pelajar juga akan merosot sekaligus menghilangkan minat murid untuk mempelajari subjek Matematik. Disebabkan itu juga, kebanyakan murid pada masa kini menganggap Matematik adalah salah satu subjek yang susah kerana mereka tidak dapat memahami isi kandungan mata pelajaran tersebut dengan sepenuhnya.

4.0  KESIMPULAN

Vickie (2007) dalam kajiannya menyatakan bahawa PPIK sangat penting kerana PPIK boleh menyediakan guru-guru dengan kaedah-kaedah dan strategi-strategi yang akan digunakan di dalam bilik kelas agar pelajar dapat belajar dengan baik. Keberkesanan pengajaran di dalam kelas bergantung kepada penguasaan tahap PPIK oleh seseorang guru itu. Pengalaman serta amalan refleksi yang dilakukan terhadap setiap pengajaran dapat mengembangkan PPIK guru tersebut di samping meningkatkan pemikiran guru dan mengesan masalah dan keperluan pelajar di dalam kelas tersebut.
Pelbagai langkah yang perlu diambil tindakan dengan segera oleh pihak kerajaan bagi menangani isu-isu pendidikan yang sudah lama mencemari dunia pendidikan. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah menganjurkan kursus yang berkaitan dengan PPIK oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Langkah ini mampu mengembangkan pegetahuan pedagogi dalam kalangan guru serta membuka minda guru untuk mengaplikasikan pengetahuan pedagogi tersebut untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan seterusnya membuahkan hasil yang maksimum serta positif terhadap murid.

Selain itu, PPIK boleh di perluaskan melalui perkongsian ilmu dari guru yang berpengalaman dan cemerlang dari segi pengajarannya. Gabungan idea antara guru berpengalaman dan guru baru yang tidak berpengalaman tapi memiliki ilmu teknologi pasti menghasilkan ilmu pedagogi yang mampu menarik minat pelajar dan memberi impak yang maksimum terhadap pembelajaran pelajar walaupun mereka adalah pelajar kelas akhir. Pihak KPM juga perlu memperuntukkan sebahagian dana untuk menyediakan pelbagai kemudahan pengajaran bagi merealisasikan cadangan ini.

Bagi isu guru bukan bidang pula, pihak kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengkaji kekurangan guru di seluruh Malaysia sebelum memberi penempatan kepada guru baru mengikut bidang yang diperlukan. Pihak KPM perlu memberi peluang kepada guru-guru tersebut untuk mengajar berdasarkan kepakaran mereka. Langkah ini adalah untuk memastikan tiada berlaku kesalahan konsep atau isi kandungan semasa pengajaran. Selain itu, pihak KPM juga perlu mengkaji semula pelarasan umur pencen bagi guru-guru lama untuk memberi peluang kepada guru-guru baru menimba pengalaman mengajar. Ini kerana pelarasan umur pencen sehingga 60 tahun akan menyebabkan berlakunya pengajaran ala kadar di sekolah dengan alasan letih dengan bebanan tugas guru yang banyak serta mengurangkan kuota pengambilan guru baru.

Oleh itu, kita perlu berganding bahu memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan di negara kita ini. Pelbagai usaha perlu dilakukan demi menjamin masa depan yang cemerlang anak didik kita.
(Sakinah_2014)

.......................................................................................................................................................


Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)
Nurul E’zzati binti Salleh
ISMP Matematik
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris


1.0  PENGENALAN

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu disiplin atau apa yang perlu diajar. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi kandungan. PPIK memainkan peranan yang penting sebab ia menyepadukan isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu pengajaran diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai minat dan kebolehan pelajar. Dalam latihan guru matematik, pengetahuan ini merangkumi pedagogi, matematik dan psikologi pelajar    

            Konsep mengenai penguasaan isi kandungan dan ilmu pedagogi yang disebut sebagai Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) merupakan suatu konsep yang penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Shulman (1987) menyatakan bahawa PPIK meliputi topik yang diajar secara tersusun bagi sesuatu matapelajaran dan bentuk penggambaran yang paling baik bagi sesuatu idea, analogi, ilustrasi, contoh-contoh, penerangan dan demontrasi yang paling berkesan. Menjadi seorang guru dengan hanya mempunyai pengetahuan pedagogi umum sahaja atau hanya bercakap mengenai isi kandungan mata pelajaran sahaja adalah tidak mencukupi bagi menghasilkan suatu pengajaran yang berkesan. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang pedagogi yang pelbagai seperti strategi, penilaian, perancangan pengajaran dan pengetahuan konsep yang diajar. Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996).

            Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld 1994) dan tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik.

2.0  PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK)

Pengetahuan dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang diketahui berkaitan dengan proses pembelajaran. Proses belajar ini dipengaruhi berbagai faktor dari dalam seperti motivasi dan faktor luar berupa sarana informasi yang tersedia serta keadaan sosial budaya (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 2003). Selain itu, pengetahuan juga adalah hasil dari proses mencari tahu, dari yang tadinya tidak tahu menjadi tahu, dari tidak dapat menjadi dapat. Dalam proses mencari tahu ini merangkumi berbagai kaedah dan konsep, baik melalui proses pendidikan ataupun melalui pengalaman.

            Pedagogi atau paedagogi berasal daripada bahasa Yunani yang beerti pergaulan dengan anak-anak. Di Yunani, kebiasaanya diterapkan kepada seseorang yang mengawasi pendidikan anak majikannya.Perkataan paedagagos berasal daripada perkataan “paid” yang beerti “anak” dan “agagos” yang bermaksud “memimpin dan membimbing”. Daripada perkataan ini, maka terhasil istilah pedagogi yang membawa maksud suatu ilmu dan seni dalam pengajaran. Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

            Oleh itu, PPIK adalah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan. PPIK melibatkan penggunaan analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, disamping mengambil kira latar belakang pelajar (Tengku Zawawi et.al 2009). Menurut Shulman (1987), PPIK adalah salah satu asas yang perlu dimiliki oleh setiap mereka yang bergelar pendidik. PPIK juga adalah model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran serta memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka. Tujuh asas pengetahuan PPIK menurut Shulman (1987) adalah :
  1. Pengetahuan isi kandungan.
  2. Pengetahuan pedagogi am/umum.
  3. Pengetahuan kurikulum.
  4. Pengetahuan pedagogi isi kandungan.
  5. Pengetahuan tentang pelakar dan ciri-ciri.
  6.  Pengetahuan tentang konteks pendidikan.
  7. Pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan.

            Pengetahuan isi kandungan adalah merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada pengetahuan baru yang diperolehi daripada beberapa prosedur, ujikaji dan pengesahan, manakala, substantif kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu topik. Pengetahuan isi kandungan ini penting, kerana guru perlu memahami dan mendalami sesuatu isi kandungan sebelum mengajar sesuatu topik. Sekiranya, guru tidak menguasai sesuatu topik tersebut, bagaimanakah mereka ingin menyampaikan ilmu tersebut kepada murid-murid mereka. Pengetahuan pedagogi am atau umum pula adalah pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperolehi oleh amalan. Pengalaman juga memainkan peranan yang penting untuk  membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

            Manakala, pengetahuan kurikulum merupakan pengetahuan mengenai program pengajian dan jenis kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran. Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar merupakan pengetahuan yang paling penting untuk dikuasai oleh seseorang guru. Hal ini kerana, dengan adanya pengetahuan tentang pelajar, guru lebih mudah untuk menentukan kaedah pengajaran yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam kelas. Pengetahuan konteks pendidikan pula adalah pengetahuan yang mempunyai kaitan dengan semua latar di mana pembelajaran dijalankan. Pengetahuan ini memberi kesan yang besar ke atas prestasi dan tingkah laku pelajar dan pengetahuan asas atau teras yang terkahir adalah pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Sebagai mana semua guru sedia maklum, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan satu matlamat yang jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Guru juga perlu menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh mereka sama ada matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Bagi matlamat jangka panjang, guru seharusnya mensasarkan pelajar dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam kehidupan realiti mereka.

PPIK akan membantu guru-guru dalam membuat analogi, metafora, memberi contoh, mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan tunjuk cara untuk memberi kefahaman kepada pelajar (Shulman 1986). Grossman (1990) pula menjelaskan salah satu domain pengetahuan guru ialah pengetahuan pedagogi isi kandungan yang mengandungi empat komponen, iaitu;
  1.     pengetahuan tentang konsepsi dan tujuan mengajar sesuatu mata pelajaran
  2.      pengetahuan tentang kefahaman pelajar
  3.      pengetahuan kurikulum
  4.     pengetahuan tentang strategi pengajaran.

d-
3.0  KEPENTINGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN DALAM PROFESION KEGURUAN

            Terdapat banyak kepentingan PPIK dalam profesion keguruan. Pertamanya, PPIK membantu guru memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Prinsip pengajaran dan pembelajaran adalah :
  1. Berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat perkeliling ikhtisas.
  2. Kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu.
  3. Pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif.
  4. Menghayati dan mengamalkan ilmu.
  5. Menggunakan bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid.
  6. Guru dan murid bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
  7. Mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  8. Setiap murid diberi tugasan keupayaan dan kebolehan mereka.
  9.  Memupuk jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme.
  10. Membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

            Seterusnya, PPIK memudahkan guru untuk memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid. Penguasaan guru terhadap pedagogi isi pengetahuan amat penting dlaam menentukan kaedah dan strategi yang boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Sebagai mana yang kita tahu, setiap murid, tahap penerimaan mereka berbeza, jadi, sebagai guru, kita perlu mempelbagaikan kaedah dan cara untuk memudahkan mereka menerima pengajaran kita. Kadang kala, tidak semua murid mampu memahami dengan kaedah penerangan semata-mata. Jadi, sebagai guru, adalah perlu untuk mereka mencari idea atau kaedah yang bersesuaian agar murid lebih rasa dihargai apabila guru mendekati mereka dengan pelbagai cara dalam menyampaikan ilmu.

            Guru juga lebih bersedia dan mampu menyediakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik dan bermakna. BBM dan ABM sangat membantu dan memudahkan guru dalam menyampaikan pengajaran mereka. Tidak semua murid mampu menggunakan kemahiran visualisasi dalam belajar. Sebagai contoh, dalam pembelajaran Matematik bagi tajuk Garis dan Satah dalam 3 Dimensi, murid perlu untuk mengetahui bagaimana untuk mencari sudut di antara garis dan satah. Bagi sesetengah murid, mereka mempunyai daya visualisasi yang tinggi, dan mereka mampu untuk membayangkan sudut tersebut tanpa bantuan guru. Namun, terdapat murid yang agak lambat dalam menentukan sudut dan tidak mampu menggunakan daya visualisasi, maka, sebagai guru, adalah wajib bagi mereka menyediakan alat bantu mengajar yang lebih konkrit supaya murid dapat melihat dan memudahkan mereka memahami isi pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa penguasaan pedagogi isi kandungan sangat penting dalam profesion keguruan.

            Selain itu, apabila seseorang guru itu mempunyai pengetahuan pedagogi isi kandungan, guru tersebut mampu mengajar murid untuk mengamalkan generalisasi atau membuat pemindahan pembelajaran dalam situasi kini. Dengan erti kata lain, murid mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah atau bilik darjah di dalam kehidupan sebenar mereka. Hal ini tidak tertumpu pada Matematik sahaja, sebaliknya, matapelajaran lain juga perlu diajar bagaimana untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam matapelajaran Sains, murid diajar bagaimana untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Di dalam pembelajaran, guru boleh memberikan contoh atau menjalankan satu aktiviti bersama murid untuk mereka memahami konsep pemakanan seimbang. Oleh itu, murid pasti akan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung, bukan hanya murid yang akan mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka, malah, mereka boleh mengajar kepada yang lain seperti keluarga dan kawan-kawan yang lain.

            Seterusnya, guru yang menguasai pengetahuan pedagogi isi kandungan, mereka akan melibatkan murid mereka secara aktif dalam pelajaran. Penglibatan murid secara aktif mampu mengukur sejauh mana keberkesanan penyampaian guru kepada murid-muridnya. Hal ini menunjukkan wujud pembelajaran dua hala di antara murid dan guru. Melalui penglibatan murid, guru juga dapat mengukur tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari oleh murid. Selain itu, guru juga dapat memperkembang potensi yang dimiliki oleh murid dengan aktiviti yag dijalankan. Sebagai contoh, guru menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif, guru meminta murid untuk berbincang dalam kumpulan dan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. Melalui aktiviti ini, guru mampu mengenalpasti potensi yang dimiliki oleh murid. Potensi murid perlu dikembangkan agar mereka mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi hari mendatang.

            PPIK juga membantu guru untuk menggunakan set induksi yang lebih menarik supaya dapat memudahkan pelajaran yang berjaya menarik minat murid. Sebagai mana yang kita sedia maklum, set induksi merupakan langkah awal dan sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan langkah inilah, seorang guru perlu menarik perhatian muridnya untuk mempelajari ilmu yang ingin disampaikan oleh guru. Penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan teknologi, multimedia dan sebagainya mampu untuk menarik perhatian murid di awal pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh mengadakan satu aktiviti yang mempunyai hubungkait dengan pelajaran sebagai pembuka pengajaran. Melalui cara ini, murid lebih bersemangat untuk mempelajari ilmu tersebut dan ternanti-nanti isi pengajaran yang akan disampaikan oleh guru.

4.0  ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

4.1  Tahap PPIK Yang Rendah
Menurut Lubinski (1990), perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran yang dijalankan oleh guru banyak dipengaruhi oleh kepercayaan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan yang dimiliki oleh guru tersebut. Beliau juga berpendapat guru-guru yang kepercayaannya selaras dengan pengajaran berasaskan kognitif dan mempunyai PPIK yang tinggi lebih memberi perhatian kepada penyelesaian masalah dan akan melibatkan pelbagai soalan bercerita, mendengar penerangan daripada murid dengan teliti, menggalakkan interaksi dalam kalangan murid, menilai tindak balas lisan lebih daripada kerja bertulis, berusaha membuat penerangan yang ringkas dan padat mengikut keperluan murid, menyediakan pelbagai bahan konkrit untuk membantu murid menyelesaikan masalah, serta kurang bergantung kepada buku teks sebagai panduan utama mengajar. Guru yang mempunyai tahap penguasaan PPIK yang tinggi akan mempelbagaikan kaedah pengajaran agar selari dengan penerimaan murid terhadap pengajarannya.

            Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib, PPIk dalam kalangan guru baru dan guru berpengalaman berada dalam tahap yang rendah. Hal ini kerana, guru baru berkefahaman instrumental dan guru berpengalaman sebahagiannya berkefahaman prarelasional (justifikasi). Kajian ini membuktikan bahawa pengalaman guru tidak selari denagn perkembangan PPIK.

4.2   Guru Luar Bidang
Bagi isu guru luar bidang pula, kebiasaannya penempatan guru baru adalah mengikut kekosongan guru di sekolah. Guru luar bidang ini dapat di justifkasikan sebagai guru yang mengajar sesuatu subjek bukan mengikut sijil kelayakan yang mereka ada. Sebagai contoh, guru yang berkelulusan ISMP Matematik perlu mengajar matapelajaran Sejarah berikutan daripada kekurangan guru Sejarah di sesebuah sekolah.  Permasalahan yang akan timbul daripada isu ini adalah, guru tersebut mampu mengajar, namun, pengetahuan beliau terhadap isi kandungan amat lemah, disebabkan beliau lebih khusus kepada Matematik. Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan guru, namun melibatkan anak murid juga.

            Adalah tidak adil kepada guru dan murid sekiranya perkara ini terjadi. Hal ini disebabkan, murid mengharapkan bantuan daripada guru, untuk memahami dan mendalami sesuatu ilmu, tetapi dalam masa yang sama, guru tersebut terpaksa mendalami ilmu yang bukan bidang mereka. Ini diibaratkan, murid dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu tersebut. Seharusnya, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi permasalahan yang timbul berkaitan isu ini, supaya pada masa akan datang tidak lagi ada permasalah seperti ini. Salah satu faktor mungkin terjadinya masalah ini adalah, lambakan graduan guru yang semakin ramai.Oleh itu, mereka ditempat mengikut kekosongan dan permintaan sekolah. Sebagai graduan yang memerlukan kerja, mereka terpaksa menerima dengan hati yang tidak rela.


5.0  KESIMPULAN

Meskipun guru-guru di Malaysia telah mempunyai dan memiliki pengetahuan pedagogi isi kandungan, namun, tahap penguasaan mereka berada di tahap sederhana. Mereka perlu meningkatkan tahap penguasaan mereka agar pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang tersendiri. Bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran, tetapi murid dapat menggunakan ilmu tersebut dalam satu jangka masa panjang. Menurut Norasliza Et. Al (2008), bagi mendapatkan capaian yang luas dan fleksibel, harus ada pembangunan TMK dalam PPG bagi membantu guru pelatih menguasai PPIK dan TPPIK.


            Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994).  Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan  proses pembelajaran. PPIK adalah komponen yang amat signifikan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru-guru perlu memahami sesuatu konsep dan prosedur bertujuan untuk menyediakan pembelajaran dan aktiviti kepada muridnya. Pihak KPM juga perlu meneliti semula pengambilan guru-guru baru untuk diserap sebagai guru tetap agar, keperluan dapat dipenuhi berbanding kehendak.
(Ezzati_2014)

...................................................................................................................................................................


Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)
Nadiatul Farah binti Abd Hamid
ISMP Matematik
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.0  PENGENALAN
Menurut Shulman (1987:15), Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) atau Pedagogical Content Knowledge (PCK) ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (Pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.

            Menurut Shulman (1987) lagi, PPIK merupakan salah satu daripada tujuh asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang pendidik. Asas pertama yang perlu dimiliki oleh seorang guru adalah pengetahuan isi kandungan (knowledge of content).  Pengetahuan isi kandungan merupakan pengetahuan yang melibatkan tiga dimensi utama iaitu kandungan, struktur substantif dan struktur sintaksis. Kandungan di sini bermaksud isi pengajaran yang guru perlu kuasai terlebih dahulu sebelum diajar kepada murid. Struktur substantif merupakan bahagian penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Manakala struktur sintaktik pula merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur ujikaji dan pengesahan. Seseorang guru yang tidak mempunyai pengetahuan kandungan akan mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tidak tahu apa yang hendak diajar. Mereka perlu mempunyai pemahaman yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran yang ingin diajar agar dapat menjadikan proses PdP berjaya dan berkesan.

            Asas pengetahuan kedua adalah pengetahuan pedagogi am (general pedagogical knowledge) yang merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperolehi melalui amalan. Contohnya, cara seseorang guru itu dalam mengawal dan mengurus bilik darjah serta cara menarik dan mengekalkan perhatian serta minat murid terhadap sesi pengajaran yang sedang dijalankan. Guru yang kompetens perlu juga melengkapkan diri mereka dengan ilmu teknologi maklumat bagi memenuhi tuntutan pada masa kini. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat membantu pengajaran guru lebih efektif dan berkesan serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
            Asas pengetahuan ketiga adalah pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge) merupakan pengetahuan tentang kurikulum dimana guru perlu berusaha mencapai objektif-objektif kurikulum. Guru merupakan faktor paling penting dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. Kurikulum adalah pengalaman atau satu siri pengalaman yang dirancang bagi mencapai sesuatu matlamat. Dua perkara yang perlu dipertimbangkan oleh guru adalah pentafsiran kurikulum dan pengubahsuaian kurikulum.

            Asas pengetahuan seterusnya adalah pengetahuan pedagogi isi kandungan (pedagogical content knowledge) yang akan dibincangkan secara mendalam dimana ia mengandungi kefahaman tentang bagaimana bidang subjek, topik-topik dan isu-isu dapat disusun dan dipersembahkan dalam pengajaran seseorang guru tersebut. Terdapat empat komponen teras iaitu pegangan konseptual seseorang guru tentang apa makna mengajar sesuatu subjek, strategi pengajaran dan persembahan dalam PdP, pengetahuan tentang kefahaman dan ketidakfahaman murid-murid dalam bidang subjek serta pengetahuan yang mendalam tentang kurikulum dan bahan-bahan yang diperlukan untuk mengajar sesuatu subjek khusus.
    
            Pengetahuan tentang murid dan ciri-cirinya (knowledge of learners and their characteristics) merupakan salah satu asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang guru itu. Seperti sedia maklum terdapat perbezaan karakter atau watak yang dipamerkan oleh setiap murid bagi sesebuah kelas itu. Beberapa faktor perbezaan individu murid yang perlu diketahui oleh guru adalah seperti fizikal, kebolehan, kecenderungan, pengalaman, latar belakang, sikapnya dan lain-lain. Setiap murid mempunyai cara pembelajarannya tersendiri dan tahap kepantasan dalam menyerap isi pengajaran yang berbeza. Oleh itu, guru perlu tahu cara pembelajaran setiap muridnya agar dapat membina pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai dengan aras pengetahuan setiap muridnya. Pengajaran guru perlu diselaraskan dengan penggunaan pelbagai teknik mengajar.

            Aras pengetahuan yang seterusnya adalah pengetahuan konteks pendidikan (knowledge of educational context) iaitu pengetahuan yang amat diperlukan oleh setiap guru. Seseorang guru yang profesional perlu mengetahui halatuju pendidikan yang mencakupi pendidikan sebelum merdeka dan pendidikan selepas merdeka. Pengetahuan ini adalah tentang semua latar dimana pembelajaran berlangsung sama ada sekolah atau bilik darjah. Konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat. Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik darjah yang meliputi jenis dan saiz sekolah, saiz bilik darjah, kualiti sokongan rakan sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah .

            Asas pengetahuan terakhir yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (knowledge of educational ends) dimana sedia maklum mengajar adalah aktiviti yang mempunyai tujuan dan matlamat sama ada matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang bagi sesi pengajarannya. Antara matlamat-matlamat pendidikan adalah dapat melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Selain itu, dapat melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara serta memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

2.0  KEPENTINGAN PPIK DALAM PROFESION KEGURUAN

PPIK amat penting dalam profesion keguruan kerana ia dapat membantu seseorang guru itu dalam memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada 10 prinsip. PPIK juga memudahkan seseorang guru tersebut dalam menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kefahaman murid. Seperti sedia maklum aras pemikiran setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam memilih kaedah yang sesuai. Penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan bermakna juga dapat mambantu guru dalam menjayakan proses pengajarannya. Apabila guru mempunyai pengetahuan pedagogi isi kandungan ini, mereka dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik setiap murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelajaran. Penggunaan set induksi yang menarik dapat memudahkan guru dalam menarik minat murid di permulaan sesi pengajaran agar dapat memberi perhatian sehingga sesi pengajaran tamat.

            Proses pembinaan PPIK perlu memenuhi beberapa langkah yang diasaskan oleh Shulman, 1987 iaitu kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian, refleksi dan kefahaman baru. Langkah pertama adalah kefahaman iaitu guru perlu memahami isi kandungan dan murid. Guru-guru dikehendaki menguasai dan memahami apa yang perlu diajar. Seboleh-bolehnya pemahaman tersebut melibatkan pelbagai cara. Guru juga perlu memahami bagaimana aras perkembangan murid mempengaruhi kebolehannya untuk belajar.
Dalam pengajaran Matematik, guru perlu memahami dan menguasai isi kandungan Matematik yang merangkumi tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan perkaitan. Selain itu, terdapat beberapa aspek sokongan lain yang terdiri daripada penyelesaian masalah,  penakulan serta pemikiran mantik, nilai-nilai sejagat dan sejarah matematik. Secara tidak langsung aspek-aspek ini memberi kesan kepada pemahaman konsep matematik dalam kalangan murid. Oleh itu, para guru harus mempunyai kefahaman konsep di dalam matematik yang kukuh agar murid-murid mudah memahami isi pengajaran mengenai konsep matematik melalui kaedah penyampaian guru tersebut.

Guru Matematik perlu memahami aras kebolehan murid. Dalam pengajaran Matematik di bilik darjah, perkembangan kognitif murid adalah berbeza. Guru Matematik perlu mempelbagaikan gaya pembelajayan murid. Setiap murid mempunyai cara tersendiri dalam memahami dan menerima ilmu yang disampaikan dan diberikan oleh guru mereka. Sepertimana guru, murid juga mempunyai cara atau gaya pembelajaran mereka. Gaya pembelajaran ini bukan hanya membezakan tahap pencapaian pelajaran mereka tetapi gaya pembelajaran ini juga membezakan kebolehan dan kecenderungan setiap murid itu. Yang paling utama adalah guru dapat mengetahui tindakbalas yang berbeza setiap murid mereka dalam setiap kaedah pengajaran. Maka sebagai guru, kita harus peka ketika menyediakan gaya kaedah pengajaran kepada murid.

      Langkah kedua adalah transformasi yang bermaksud idea-idea yang telah difahami mesti ditukar dalam beberapa cara agar ia boleh diajar kepada murid. Penalaran melalui pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda murid. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana murid menunjukkan apa yang telah dipelajari. Proses transformasi melibatkan beberapa kombinasi iaitu persediaan, persembahan idea, pemilihan kaedah instruksi serta adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri murid.

      Dalam pengajaran Matematik, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang murid belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik minat murid serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan  secara jelas. Aktiviti harus mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan.

      Langkah ketiga adalah pengajaran yang merupakan aspek pedagogi terpenting yang merangkumi organisasi dan pengurusan bilik darjah, penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan murid secara berkesan dengan soalan, jawapan dan tindakbalas serta pujian dan kritikan. Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan komitmen guru Matematik sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru dalam mengorganisasi proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat murid. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindakbalas positif dan tingkah laku aktif murid-murid.

            Langkah seterusnya adalah penilaian iaitu proses yang merangkumi semakan formal pemahaman murid tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil pembelajaran telah selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya atau sebaliknya. Sekiranya majoriti murid gagal dalam penilaian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam kaedah yang lebih mudah. Manakala penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dilaksanakan di akhir tahun melalui peperiksaan akhir tahun. Tujuannya adalah untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi penganugerahan atau sijil.

            Langkah seterusnya yang diperlukan dalam pembinaan PPIK adalah refleksi. Proses ini dilakukan oleh guru dengan melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu membina semula, mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Langkah ini menjadi landasan bagi seorang guru profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha analitik dalam proses ini digunakan untuk memperbaiki PPIK seseorang guru tersebut. Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri. Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran.

            Langkah terakhir adalah kefahaman baru iaitu satu permulaan baru melalui langkah-langkah kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian dan refleksi, guru mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan murid.

3.0  ISU-ISU BERKAITAN PPIK

3.1 TAHAP PPIK DALAM KALANGAN GURU

Melalui kajian yang dijalankan oleh Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib yang bertajuk “Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Matematik bagi tajuk pecahan : Kajian kes di sekolah rendah” yang dilaksanakan ke atas empat orang guru baru dan empat orang guru berpengalaman dalam bidang Matematik. Kajian ini mendapati PPIK dalam kalangan guru baru dan guru berpengalaman berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan daripada guru baru mempunyai kefahaman intrumental berhubung dengan konsep penambahan dan penolakan pecahan. Mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi tidak dapat memberi justifikasi kepada setiap langkah yang digunakan dalam penyelesaian tersebut.

Manakala kebanyakan daripada guru Matematik berpengalaman menggunakan pendekatan secara konseptual bagi menyampaikan konsep penambahan dan penolakan pecahan kepada murid. Mereka menggunakan aktiviti konkrit yang berpusatkan murid bersama alat bantu mengajar seperti kertas dan papan pecahan. Berhubung dengan cara membimbing murid menyelesaikan masalah pendaraban pecahan, didapati guru-guru baru dan sebahagian daripada guru berpengalaman telah mengemukakan langkah-langkah penyelesaian yang agak kompleks dan abstrak bagi murid-murid sekolah rendah. PPIK yang dimiliki oleh guru Matematik berpengalaman tidak sepadan dengan pengalaman mengajar yang mereka lalui. Terdapat penerangan dan interpreasi yang diberikan masih berbentuk simbolik. Lantaran itu, langkah-langkah pengajaran yang dikemukakan walaupun secara konseptual tetapi masih tidak berpusatkan murid sepenuhnya.  Cara begini tentunya tidak mampu untuk mengembangkan potensi dan minat murid secara menyeluruh.
            Kajian kedua yang berkaitan dengan PPIK adalah “Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Matematik sekolah menengah” yang dilaksanakan oleh NorAsliza Hassan dan Zaleha Ismail. Kajian ini dijalankan ke atas 21 orang bakal guru Matematik yang sedang mengambil subjek kaedah mengajar Matematik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan PPIK guru pelatih masih pada tahap sederhana. Guru pelatih mempunyai kelemahan dalam memahami sebab berlakunya miskonsepsi murid dan kurang kemahiran dalam mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendedahkan miskonsepsi murid ataupun kesilapan murid dalam memberi jawapan. Guru pelatih juga kurang menggalakkan penglibatan setiap murid dalam perbincangan kelas dan tidak mempunyai tujuan yang jelas. Malah, guru pelatih tidak dapat membimbing murid untuk membuat kesimpulan sendiri di akhir perbincangan yang dilaksanakan. Oleh itu , setiap guru terutamanya guru pelatih haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran mengemukakan soalan kerana tujuan utama teknik soaljawab adalah untuk mengesan pengetahuan berfikir murid secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

            Kajian seterusnya adalah “Tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan kandungan dalam kalangan bakal guru fizik” yang dijalankan oleh Shaharom Bin Noordin dan Faridah Binti Sapiee. Kajian ini dilaksanakan ke atas 41 orang pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Fizik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mendapati bahawa hubungan antara tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dengan tahap pencapaian pengetahuan Fizik adalah positif sederhana. Hubungan antara gred keputusan Latihan Mengajar bakal guru dengan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi adalah sangat lemah.

3.2 ISU GURU LUAR BIDANG   

Guru luar bidang iaitu guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan tetap. Penempatan mereka ditentukan mengikut kekosongan  guru di sekolah tersebut bukannya kekosongan guru subjek yang terlibat.  Pelbagai kajian dijalankan yang menunjukkan isu guru luar bidang ini mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru bukan opsyen. Terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan memberi kesan terhadap murid kerana guru tersebut tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan isi kandungan sesuatu matapelajaran itu.

Terdapat kajian dari luar negara dan juga di Malaysia mengenai  isu guru luar bidang ini. Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar di sekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas, 2003-2005). Berdasarkan rajah di atas, dapat disimpulkan kadar ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kesan isu ini kepada guru adalah guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan. Disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja. Hal ini menyebabkan guru merasa tertekan kerana mereka perlu belajar mengenai mata pelajaran yang bukan bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai tanggungjawab. Seterusnya, guru akan menjadi malas untuk belajar mengenai mata pelajaran bukan opsyen dan mengajar murid dengan pengetahuan sedia ada sahaja tanpa menjana idea murid.  Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran.

Mata pelajaran Matematik amat sukar untuk guru bukan opsyen Matematik untuk mengajar mata pelajaran ini kerana guru bukan opsyen tidak didedahkan dengan pengetahuan isi kandungan mata pelajaran Matematik. Penguasaan konsep Matematik yang kukuh diperlukan oleh seseorang guru Matematik itu untuk menyampaikannya dengan tepat dan jelas. Sedia maklum mata pelajaran Matematik sukar untuk dikuasai oleh kebanyakkan murid, apatah lagi jika mata pelajaran itu diajar oleh guru bukan opsyen Matematik. Ia akan memberi kesan yang amat buruk terhadap prestasi murid serta prestasi sekolah tersebut. Oleh itu, pihak Kementerian perlu memainkan peranan penting dalam menggubal pelaksanaan kurikulum yang berkaitan dengan kreadibiliti serta kualiti guru yang dapat meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Sehingga hari ini guru-guru yang baru menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantaunn terhadap isu ini dari pihak yang dipertanggungjawabkan.

4.0  KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru-guru di Malaysia sememangnya telah memiliki PPIK namun tahap pengetahuan mereka berada pada kedudukan yang sederhana rendah. Proses pengembangan PPIK seharusnya bermula di peringkat awal program latihan perguruan. Menurut Tengku Zawawi (2009), kekurangan dan kelemahan dalam sistem pendidikan guru akan menyebabkan guru-guru baru tidak mempunyai persediaan yang sewajarnya untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik. Perlunya satu program sokongan dan pemantauan berterusan diberikan kepada guru-guru yang baru tamat pengajian daripada institusi pendidikan sama ada dari universiti atau pun maktab-maktab perguruan.

            Selain itu, untuk mengelakan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu usaha yang dilakukan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberi peluang kepada guru yang baru mengaplikasikan PPIK mereka dalam bidang masing-masing.
(NadiatuL_2014)

No comments:

Post a Comment